Tuesday 3 December 2013

Bazar Karat vs Johor Premium Outlets(JPO)

Pengenalan
Pada tanggal 29 Disember 2013 kami pelajar semester 4 jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan(Pengurusan Peruncitan) mengadakan lawatan akademik ke Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Dua tempat lawatan telah dipilih iaitu Bazar Karat JB dan Johor Premium Outlet(JPO). Tempat ini dipilih berdasarkan kepada kehendak dalam memenuhi slot pengajian dalam subjek Pengurusan dan Operasi Peruncitan (RET547). Kedua-dua tempat ini juga berkait rapat dalam pengurusan dan operasi peruncitan. Bazar Karat lebih kearah peruncitan domestik manakala Johor Premium Outlet(JPO) menjurus kepada peruncitan antarabangsa. Hal ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dunia sebenar dalam pengurusan peruncitan.
Seramai 33 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring mengikuti lawatan akademik ini. Kami bertolak pada pukul 4.00 petang dengan menaiki bas. Bagi memberkati dan keselamatan perjalanan, bacaan doa didahulukan sebelum perjalanan dimulakan. Ketua projek bagi lawatan akademik ini ialah Muhammad Hazman. Beliau telah memberi sedikit penerangan mengenai objektif lawatan ini diadakan. Beliau juga mengingatkan rakan pelajar yang lain untuk sentiasa memenuhi objektif dalam lawatan ini. Perjalanan memakan masa selama 5 jam, dan kami selamat sampai di Johor Bahru. Kami menginap di Hotel Zeng Zeng untuk lawatan ini.
Bazar JB atau lebih dikenali sebagai Bazar Karat merupakan satu tempat dimana kaum bumiputera menjalankan perniagaan domestik. Bazar Karat dibuka sekitar jam 8.00 malam sehingga jam 3.00 pagi. Bazar Karat ini merupakan himpunan gerai-gerai kecil di sepanjang jalan yang menjual pelbagai barangan. Antara barangan yang boleh didapati ialah barangan permainan, pakaian, produk Industri kecil dan sederhana(IKS), aksesori wanita dan pelbagai lagi. Bazar Karat ini lebih sinonim dalam mengetengahkan koleksi barangan antik dan klasik. Pelbagai koleksi barangan antik seperti koleksi duit syiling dan kertas lama dalam dan luar negara, keris, baju ‘vintage’, dan pelbagai lagi.
Johor Premium Outlets(JPO) merupakan pusat beli belah jalanan yang terletak di Kulaijaya, Iskandar Malaysia, Johor Darul Takzim. Johor Premium Outlets merupakan premium outlets pertama yang dibina di Asia Tenggara. Tarikan utama bagi negeri Johor ini dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011. Ia menempatkan pelbagai pakaian rekaan jenama antarabangsa seperti Burberry, Selvatore Ferragamo, Armani, Coach, Nike, Adidas dan pelbagai lagi jenama antarabangsa lain. Produk disini memiliki tarikan tersendiri dari segi potongan harga sebanyak 25% sehingga 70%. Potongan harga ini tidak mengikut musim sebaliknya ia ditawarkan setiap hari kepada pelanggannya. Kawasan yang strategik, ditambah pula negeri Johor berjiran dengan Singapura mendorong kehadiran ramai pengunjung ke Johor Premium Outlets.


Objektif
Lawatan akademik ke negeri Johor ini telah banyak memberi pengisian dalam dunia sebenar pengurusan peruncitan. Lawatan ini sedikit sebanyak mendedahkan pelajar dengan lebih mendalam mengenai pengendalian operasi peruncitan di Bazar Karat yang dikendalikan secara domestik oleh peruncit tempatan. Temuduga ringkas dilakukan kepada sebahagian pengusaha dan penjual di Bazar Karat itu. Dari segi pengurusan jualan, sebagai contoh penjual yang menjual pakaian mereka mendapat stok daripada negara Thailand. Ada juga mendapat barangan dari orang tengah dan pembelian ialah secara pukal dan borong. Pengendalian urusan jualan bagi setiap penjual adalah secara bebas dan mereka menjalankan perniagaan secara milikan tunggal. Walaupun kebanyakan barangan pakaian adalah bukan original tetapi kualiti untuk produk tersebut adalah terbaik. Peniaga di Bazar Karat terpaksa menanggung risiko dari segi wang,cuaca, keadaan tempat, kecurian, dan pelbagai lagi. Dari segi sewaan tapak, setiap peniaga dikenakan bayaran serendah RM5. Hal ini menjadikan ada sebahagian peniaga hanya membawa selembar kain untuk dibentangkan di atas jalan raya dan menjual barangan milik peniaga tersebut. Bazar ini dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru(MBJB) dan kebajikan peniaga di Bazar Karat ini dijaga oleh badan tersebut. Peniaga juga berdaftar dengan persatuan peniaga-peniaga Bazar Karat. Dari segi kemudahan kepada pengunjung, rungutan kebiasaanya berbangkit dengan masalah parkir. Kemudahan parkir yang terhad memaksa pengunjung meletak kenderaan mereka di bahu jalan dan ia secara tidak langsung menyebabkan kesesekan lalu lintas pada masa cuti umum dan hujung minggu. Namun ia tidak menghalang pengunjung mengunjungi Bazar Karat dan membeli belah di bazar tersebut.
Dalam lawatan kami ke Johor Premium Outlets(JPO) pula, banyak yang kami pelajari tentang operasi peruncitan dalam mengendalikan jenama peruncitan antarabangsa. Memandangkan Malaysia merupakan negara pertama dalam Asia Tenggara yang mempunyai premium outlets ia sedikit sebanyak menyumbang dalam pertumbuhan ekonomi bagi negeri Johor dan masyarakat setempat. Kemunculan jenama-jenama antarabangsa dalam pasaran Malaysia dapat meningkatkan jaringan dari segi ekonomi, percambahan idea dari segi fesyen dan sebagainya. Johor Premium Outlets(JPO) dikendalikan oleh syarikat besar Genting diatas aset tanah Genting Plantations. Setiap butik dan jenama di Johor Premium Outlets(JPO) mengetengahkan identiti tersendiri dalam menarik perhatian pelanggan. Pengendalian sebuah pusat beli belah secara terbuka adalah berbeza dengan pusat beli belah secara tertutup. Sebagai contoh, bulan Disember dilihat sebagai bulan bagi penganut kristian menyambut Hari Natal dan tahun baru. Berbeza dengan pusat beli belah secara tertutup di bawah satu bumbung, pengurusannya berlumba-berlumba dalam menghias tema Hari Natal di pusat beli belah untuk menarik perhatian pelanggan. Hal ini secara tidak langsung, menggalakan pengunjung untuk merasai musim perayaan dalam pusat beli belah. Ia bukan sahaja pada musim perayaan Hari Natal bahkan semua musim perayaan utama di Malaysia ini akan dijadikan tema hiasan bagi setiap pusat beli belah tertutup. Berlainan pula dengan Johor Premium Outlets(JPO), hiasan tema Hari Natal dan tahun baru di sepanjang butik disini tidak kelihatan, malahan setiap butik di JPO juga belum mempamerkan tema untuk perayaan Hari Natal.
Selain daripada itu, lawatan akademik ini juga telah memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif serta dapat membuka mata dalam merencana pengurusan peruncitan kelak. Sebagai contoh Bazar Karat menghimpunkan pelbagai barangan yang ada ketika ia tidak masuk akal untuk dijual tetapi ia mendapat sambutan bagi peminatnya tersendiri. Hal ini boleh dilihat dengan jualan barangan lama alatan permainan kanak-kanak. Yang menariknya, barangan lama alatan permainan kanak-kanak ini adalah buatan negara barat seperti United Kingdom, Sweeden, Amerika Syarikat dan pelbagai lagi. Hal ini secara tidak langsung meningkat ‘nilai’ bagi barangan tersebut. Ia juga mungkin sukar untuk didapati di tempat eksklusif seperti Johor Premium Outlets(JPO). Dalam kalangan anak-anak muda pula mereka lebih gemar mengetengahkan rekaan baju cetakan tersendiri untuk dijual di bazar tersebut. Hal ini secara tidak langsung memberi kami idea untuk lebih kreatif.
Di Johor Premium Outlets(JPO) pula kami lebih menekankan dalam susun atur kedai, hiasan kedai serta ‘window display’. Susun atur kedai memainkan peranan yang penting dalam sesebuah kedai. Memaksimakan ruang dengan betul dapat memudahkan pelanggan untuk menyusuri sesebuah kedai itu dengan mudah dan selesa. Hampir kesemua butik di JPO menggunakan susun atur kedai yang mesra pelanggan. Hal ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada kami dalam pengendalian susun atur dalam kedai atau butik. Mengenai ‘window display’ pula tidak semua butik mempunyai ‘window display’. Kebanyakan ‘window display’ hanya dapat dilihat pada butik berkelas tinggi seperti Burberry dan Selvatore Ferragamo. ‘Window display’ memainkan peranan yang penting dalam sesebuah butik. Ia merupakan satu cara utama dalam menarik perhatian pelanggan yang berjalan melintasi butik tersebut. Hal ini secara tidak langsung memikat pelanggan untuk masuk ke butik.
Perniagaan dalam pengurusan peruncitan ini merupakan satu cabang karier yang mencabar tetapi menyeronokkan serta memberi ganjaran yang lumayan. Lawatan seumpama ini secara tidak langsung, membangkitkan semangat anak-anak Melayu dan bumiputera yang lain untuk menjana idea-idea bernas pada masa hadapan dalam mengembangkan sistem peruncitan. Sebagai contoh urusan perniagaan domestik di Bazar Karat ramai dipelopori golongan muda sekaligus ia mendorong kami untuk menceburi dalam pengurusan peruncitan kelak.
Selain daripada itu, lawatan akademik ini telah memberi pelajar peluang dan ruang untuk menerokai dunia sebenar pengurusan peruncitan sebelum para pelajar melangkah keluar ke alam pekerjaan. Sebagai contoh lawatan ke Johor Premium Outlets(JPO) memperlihatkan bagaimana pengursan sebuah pusat beli belah terbuka. Pelbagai jawatan dari peringkat pengurusan sehingga ke butik menawarkan pelbagai skop kerja yang perlu kami pelajari.

Berikut adalah sebahagian gambar di Bazar Karat dan Johor Premium Outlets(JPO)












Wednesday 20 November 2013

Beli Rumah

saya akan membeli rumah.
untuk membezakan kereta dan rumah saya akan membeli rumah terlebih dahulu. perkara sebegini memang subjektif bagi sesetengah orang kerana mereka akan memikirkan terlebih dahulu kepentingan untuk 2 perkara tersebut. orang bujang yang baru mendapat kerja yang hebat pasti mengimpikan penggayaan. maka kereta menjadi pilihan. semakin tinggi 'jana kuasa kereta' tersebut semakin hebat gaya penampilannya untuk khalayak ramai.
berbeza dengan rumah.rumah tidak boleh dibawa bersiar-siar. keadaanya statik. maka penggayaannya hanya disitu sahaja.
alasan yang sering digunakan oleh orang bujang "muda lagi..beli kereta dulu..duduk rumah sewa dengan kawan-kawan dah kawen nanti baru beli rumah."
sekiranya saya dikurniakan rezeki untuk bekerja dan boleh membuat pinjaman maka rumah saya akan dahulukan berbanding kereta.
terima kasih

Tuesday 19 November 2013

gelora di jiwa

"Hati saya hancur!" jerit Mak Munah kecewa, air mata berderaian gugur dari pipi.

"Sabarlah sayang, abang bukan sengaja nak abaikan awak, tapi betul-betul masa tu abang baru lepas ambik air semayang," pujuk Pak Megat sambil mengunyah sisa-sisa biskut raya daripada balang atas meja.

"Dulu masa saya solid, tegang, montok, abang cakap saya serupa Lisa Surihani. tapi sekarang, bila saya pakai g-string, abang tuduh sya lupa akhirat," Mak Munah memalingkan muka menghadap TV. Kakinya dihentak 6 kali berturut-turut ke lantai. Gaya tak ubah serupa ketika beliau merajuk dengan Pak Megat masa bercinta di MMU dulu.

"Sayang,bukan abang tak suka awak pakai g-string, tapi warna merah awak pakai tu menyala sangat, melampau garang nya, tak sesu..."belum sempat Pak Megat menghabiskan bicaranya, Mak Munah menjerit..

"Saya tak tahan lagi macam ni, cinta abang pada saya dah tak macam dulu!" Mak Munah berlari-lari anak masuk ke kamar tidur. Kain batik yang dikembannya hampir-kampir terlucut, namun Mak Munah cepat-cepat membetulkannya. Nyaris-nyaris.

Pak Megat bingung, khuatir dengan rajuk Mak Munah. Dibelek-beleknya facebook sambil menghisap rokok daun. Tiba-tiba mata Pak Megat tertarik dengan satu jemputan dari kenalan laman sosialnya.
'BBQ DINNER DI TEPI PANTAI'
LOKASI: BATU FERINGHI, PULAU PINANG. DI TEPIAN LAUT YANG TENANG.

Pak Megat senyum kambing. Bergegas beliau masuk ke bilik mencari Mak Munah.

"Awak siap-siap sekarang, abang nak bawak awak pergi shopping baju pantai," kata Pak Megat sambil peluk pinggang Mak Munah yang gebu.

"Apa gila abang ni?" soal Mak Munah terpinga-pinga.

"Bulan depan kita pergi honeymoon!" balas Pak Megat lantas menolak Mak Munah ke katil.

Cicak di siling rumah leka memerhati.